belajar saham

Anda sedang tercari-cari sumber yang terbaik untuk belajar saham? Jangan risau, artikel ini akan memberikan anda sedikit sebanyak idea untuk bermula supaya boleh menceburkan diri di dalam pasaran saham sebagai seorang pelabur.

Memandangkan anda di dalam pencarian, di sini ingin saya kongsikan sebab kenapa anda patut mula belajar saham dan menjadi seorang pelabur sekarang.

Untuk Melawan Inflasi

Inflasi adalah musuh senyap. Hal ini kerana ia boleh menyusutkan nilai wang simpanan kita tanpa disedari. Hal ini kerana anda tidak akan merasakan wang anda berkurangan, tetapi sebaliknya yang berkurangan adalah nilai wang tersebut.

Kadar inflasi mungkin berbeza di antara negara, tempoh masa, dan keadaan ekonomi yang berlainan. Walau bagaimanapun, adalah munasabah untuk kita katakan bahawa kadar inflasi hari ini adalah di dalam lingkungan 3 ke 4 peratus. Ini bermakna, wang anda akan susut 4% daripada nilainya saban tahun.

Sebaliknya jika dilaburkan secara berhemah, anda akan dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Salah satu contoh pelaburan yang berisiko rendah adalah ASB yang memberikan kadar purata pulangan lingkungan 5 ke 6 peratus sejak beberapa tahun lalu. Tetapi, jika anda inginkan keuntungan yang lebih tinggi, anda boleh mencuba kaedah lain seperti pelaburan saham yang boleh menjana pulangan di antara 15 ke 25 peratus. Nak belajar saham untuk mencuba keuntungan sebegini? Layari laman web labursahamsyariah.com.

Untuk Membendung Impak Negatif Teknologi

Benar, teknologi adalah satu perkara yang akan memanfaatkan kita daripada banyak aspek kehidupan. Namun begitu, bukanlah semuanya boleh dikatakan satu khabar gembira. Hal ini kerana, teknologi akan membuatkan lebih banyak majikan untuk melabur di dalam automasi yang akan membuatkan ramai orang berpotensi untuk hilang pekerjaan. Trend sebegini telah pun wujud pada hari ini, yang dipercepatkan lagi oleh krisis yang disebabkan secara tidak langsung oleh COVID19.

Tetapi jika anda melabur, automasi tidak akan dipandang sebagai satu kerisauan. Sebaliknya, ia akan dialu-alukan kerana ini akan membantu syarikat mengurangkan kos operasi, meningkatkan keuntungan, yang akhirnya akan dinikmati oleh para pelabur. Jadi, sebab inilah anda patut belajar saham dan mula melabur sekarang.

Persediaan Waktu Persaraan

Waktu persaraan mungkin berbunyi seperti sesuatu yang hanya akan diambil kira apabila seseorang menghampiri tempoh masing-masing, tetapi hakikatnya ia patut dirancang sejak muda lagi.

belajar saham

Hal ini kerana untuk mencapai persaraan, pasti anda perlu mempunyai dana yang cukup untuk menyara diri. Dengan melakukan persediaan awal, anda akan dapat satu kelebihan iaitu masa untuk membiarkan portfolio pelaburan anda berkembang dari tahun ke tahun.

Oleh yang demikian, anda pasti ingin mengambil kira untuk mula melabur meskipun dengan modal yang kecil. Ingat, untuk bermula adalah lebih penting daripada mempunyai modal pemula yang besar. Jadi, anda pasti ingin mula belajar saham secepat mungkin supaya boleh bermula untuk melabur dengan selamat.

Belajar Saham, Jangan Melabur Tanpa Ilmu

Ingat, pelaburan saham boleh menjadi sesuatu yang amat berisiko buat mereka yang tidak berilmu. Jadi, anda pilihlah saluran yang sesuai untuk mula belajar saham. Anda boleh hadiri kelas saham percuma daripada VI College dengan mendaftarkan diri melalui https://labursahamsyariah.com/belajar-saham/

Selamat menimba ilmu!